5,367 mangsa banjir di Johor ditempatkan di 65 PPS

18 Dec 2019 • 10:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

JOHOR BAHRU - Seramai 5,367 mangsa banjir masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kluang, Mersing, Kota Tinggi, Kulai, Batu Pahat, Segamat dan Pontian pagi ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kesejahteraan Bandar dan Alam Sekitar negeri, Tan Chen Choon berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 1,466 keluarga ditempatkan di 65 PPS.

Daerah Kluang mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi seramai 1,772 orang daripada 480 keluarga dan ditempatkan di 13 PPS.

Diikuti Segamat dengan jumlah mangsa 1,197 ditempatkan di 24 PPS.

Sementara itu, lima jalan di daerah Kota Tinggi masih ditutup akibat banjir iaitu di Kubu Lama (KM59 Jalan Johor Bahru – Mersing), Ladang Risda (KM80 Jalan Johor Bahru – Mersing), 500m dari Simpang Balai Mawai (KM43 Jalan Lok Heng – Mawai), Simpang Tunjuk Laut (Jalan Kota Tinggi – Mersing) dan Lorong Durian 2 ( Felda Aping Timur).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved