Ismail Sabri kekal Ketua Pembangkang, kata Presiden UMNO

PoliticsBusiness & Finance
1 Jul 2019 • 4:44 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai Ketua Pembangkang, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid, yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, berkata kini terdapat pembahagian tugas antara pucuk pimpinan parti tersebut.

“Buat masa ini, ada pembahagian tugas antara saya dan Datuk Seri Mohamad Hasan (timbalan presiden), Ismail Sabri dan juga Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Ketua Whip dalam kalangan anggota pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Ahmad Zahid mengumumkan menamatkan cutinya daripada tugas presiden sejak 18 Disember tahun lalu dan kembali menjalankan tugas presiden UMNO. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved