Pembinaan menara komunikasi di Parlimen Tanjung Piai diteruskan

5 Dec 2019 • 6:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ISKANDAR PUTERI - Tapak menara telekomunikasi di kawasan Parlimen Tanjung Piai sudah dikenal pasti untuk pembinaan menara berkenaan.

Exco Perumahan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Dzulkefly Ahmad berkata, kerja-kerja lapangan bagi menaik taraf liputan jalur lebar di kawasan tersebut kini sedang giat dilakukan.

“Dari segi teknikal dan lawat periksa sudah disempurnakan oleh pihak MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia)," katanya selepas Program Penyerahan Bantuan Program Kembali ke Sekolah anjuran Forest City.

Enam sekolah terlibat dalam program berkenaan iaitu Sekolah Kebangsaan ( SK) Ladang Pendas, Morni Pok, Pendas Laut, Tanjong Adang, Tanjung Kupang dan Tiram Duku.

Pembinaan menara telekomunikasi antara komitmen Pakatan Harapan ketika Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bulan lepas.

Difahamkan, tujuh menara telekomunikasi akan dibina dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai melalui dua fasa.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved