Maxis Menggabungkan Pembelajaran Dan Teknologi Melalui Program eKelas, Realiti Gabungan Dan 5G

TechnologyDigital
16 Dec 2019 • 6:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada hujung minggu yang lalu, beberapa syarikat telekomunikasi tempatan yang terkemuka telah menunjukkan projek ujian rangkaian 5G mereka di Pulau Langkawi.

Diantaranya ialah Maxis, yang telah memperkenalkan projek eKelas mereka, yang memfokuskan kepada peningkatan pembelajaran kanak-kanak diluar bandar melalui Pusat-Pusat Internet Maxis di seluruh negara.

image is not available

Menurut Maxis, program eKelas ini dihadiri oleh 10,000 para pelajar dari Darjah 6 hingga Tingkatan 5 di 72 Pusat Internet di 10 negeri di sekitar Malaysia. Di pusat-pusat tersebut, guru-guru mengajar para pelajar melalui penstriman video, dimana mereka mempunyai akses kepada semua komputer para pelajar didalam pusat Internet tersebut, dimana ia memudahkan guru-guru untuk memastikan para pelajar sentiasa fokus kepada matapelajaran.

Di Pulau Langkawi, Maxis memperlihatkan sebuah program eKelas yang unik dimana teknologi realiti maya digunakan untuk mengajar matapelajaran biologi didalam kelas.

image is not available

Kelas khas ini dijalankan di Pusat Internet Kampung Padang Wahid, dimana 16  murid-murid diajar matapelajaran Biologi menggunakan peranti realiti gabungan 4K dengan perisian VR Class untuk yang sudahpun hadir dengan program pembelajaran yang dikemaskini.

Dengan peranti realiti gabungan tersebut, para pelajar boleh melihat dan menyentuh sendiri objek-objek seperti sel-sel hidup, organ dan lain-lain sebagai sebahagian daripada pembelajaran interaktif.

image is not available

Dari segi penggunaan 5G, kesemua 16 komputer dan peranti-peranti realiti gabungan tersebut, bersama-sama dengan kebolehan menstrim guru dari Kuala Lumpur ke Langkawi semuanya disambung menggunakan rangkaian 5G yang sama tanpa isu sela-masa menurut penyelia Pusat Internet Kampung Padang Wahid.

image is not available

eKelas Maxis dengan sokongan realiti gabungan ini akan diteruskan sehingga bulan Mac pada tahun hadapan, dimana ia kemudiannya akan bersambung sebagai pusat eKelas yang biasa.