A Quiet Place: Day One

Movie
3 Jul 2024 • 7:00 PM MYT
Rasfan Abu Bakar
Rasfan Abu Bakar

Penulis merupakan pensyarah seni visual di ASWARA

image is not available
Image Credit: IMDb

Samira seorang pesakit kanser yang tenat tinggal di hospis New York bersama kucingnya Frodo. Di pusat tersebut pula ada seorang pembantu bernama Reuben. Dia telah mempelawa Samira untuk menyertai rombongan ke bandar untuk menonton satu pertunjukan boneka. Semasa perjalanan pulang, kumpulan itu melihat objek seperti meteor terhempas ke dalam bandar. Tidak lama selepas itu makhluk asing pun muncul dan mula menyerang manusia. Dalam keadaan yang kelam kabut itu Samira telah pengsan.

Bila terjaga dari pengsan, Samira mendapati dirinya berada didalam bangunan teater boneka bersama Frodo dan mangsa-mangsa lain yang terselamat. Semua orang diam dan mereka berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat serta mengelak daripada membuat sebarang bunyi. Ini kerana makhluk asing itu peka terhadap bunyi dan akan memburu mangsa berdasarkan bunyi yang terhasil.

Selang beberapa hari kemudian, pihak tentera telah membuat pengumuman melalui udara dengan mengarahkan agar semua yang terselamat untuk bergerak menuju ke South Street Seaport. Disana ada sebuah kapal yang sedang menanti untuk membawa mereka keluar. Selain itu mereka juga dimaklumkan bahawa makhluk asing itu tidak boleh berenang dan ini memudahkan proses pemindahan melalui jalan laut.

Image from: A Quiet Place: Day One
Image Credit: IMDb
Image from: A Quiet Place: Day One
Image Credit: IMDb

Selepas pengumuman itu maka sekumpulan orang yang terselamat mula meninggalkan tempat persembunyian dan menuju ke tempat yang diarahkan. Tetapi disebabkan ramai yang bergerak serentak maka ia telah menghasilkan bunyi bising dan ini telah memberi isyarat kepada makhluk aing itu untuk datang menyerang. Samira telah berlari tanpa arah dan mula menyembunyikan diri.

Pada masa yang sama ada seorang lelaki bernama Eric mula mengekori Samira. Eric merupakan pelajar undang-undang dan dia ingin bersama Samira kerana dia sudah tiada tempat untuk berlindung. Mereka berdua telah berpakat untuk membantu diantara satu sama lain kerana pada masa yang sama Samira juga sedang sakit tenat. Sebagai balasan Eric telah pergi keluar untuk mencari ubat buat Samira yang membantunya.

Setelah beberapa hari berlindung, Samira mula memberitahu Eric yang dia mahu makan pizza. Selain itu Samira juga ingin pergi semula ke kelab dimana bapanya pernah bermain piano semasa dia masih kecil. Dia ingin mengenang kembali semua detik indah bersama bapanya sebelum menutupkan mata. Eric bersetuju untuk memenuhi hasrat Samira dengan membawanya ke kelab dan restoran pizza yang dimaksudkan.

Image from: A Quiet Place: Day One
Image Credit: IMDb

Tidak berapa lama kemudian, kapal yang dalam misi membawa warga New York telah belayar dan mereka berdua mula mengejarnya. Tetapi Samira telah membuat helah agar makhluk asing pergi mengejarnya dan memberi peluang kepada Eric untuk terjun kedalam laut untuk berenang kearah kapal itu. Rancanganya telah berjaya dan kini Eric berjaya diselamatkan dan Samira pula kekal berada di bandar New York. Samira berbuat demikian kerana ingin menghabiskan sisa hidupnya dengan berada ditempat dia membesar.

A Quiet Place: Day One ialah filem seram pasca apokalip Amerika 2024 yang ditulis dan diarahkan oleh Michael Sarnoski. Naskah ini berdasarkan cerita yang dicipta bersama John Krasinski. Filem ini merupakan instalasi ketiga dalam siri filem A Quiet Place dan berdiri sebagai spin-off dan prekuel. Filem ini turut dibintangi oleh Lupita Nyong'o sebagai seorang wanita penghidap kanser yang sedang sakit tenat. Turut membantu ialah Joseph Quinn, Alex Wolff, dan Djimon Hounsou.

Penulis merupakan pensyarah seni visual di Akademi seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA).


Rasfan Abu Bakar adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.