A.S Akan Menghalang Perkhidmatan Awanan Seperti AWS Pula Untuk Pelanggan China

TechnologyDigital
5 Jul 2023 • 9:35 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tidak cukup dengan halangan teknologi cip kecerdasan buatan secara fizikal kepada China, Amerika Syarikat akan mengenakan halangan akses kepada perkhidmatan perkomputeran awanan seperti Amazon AWS dan Microsoft Azure pula menurut laporan Wall Street Journal pagi ini.

image is not available

Perkhidmatan perkomputeran awanan dilihat sebagai cara syarikat China boleh mengelak halangan pembelian cip kecerdasan buatan AMD dan NVIDIA yang dikuatkuasakan sebelum ini. Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat dipercayai akan mengeluarkan arahan seawal minggu ini.

China disekat daripada mengakses teknologi terkini yang dibangunkan oleh Amerika Syarikat atas sebab ia disyaki akan digunakan bagi tujuan ketenteraan. Bermula dengan halangan ke atas Huawei, ia kini dikenakan juga ke atas syarikat seperti DJI. China membalas halangan ini dengan menghadkan eksport galium dan germanium yang diperlukan untuk pembuatan cip.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved