Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Business & Finance
27 Mar 2020 • 7:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

RINGGIT kekal pada aliran meningkat berbanding dolar AS untuk hari keempat berturut-turut hari ini berikutan ramai pelabur beralih kepada mata wang sedang pesat membangun, kata peniaga.

Sehingga 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3280/3350 berbanding dolar AS daripada 4.3300/3400 semasa ditutup semalam.

Peniaga berkata unit tempatan berada pada aliran meningkat berikutan pelbagai langkah rangsangan di seluruh dunia termasuk pakej AS bernilai US$2.2 trilion untuk memberi keyakinan dalam pasaran kewangan global.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0175/0234 daripada 3.0069/0149 semasa ditutup pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.7608/7702 daripada 4.7396/7510 semalam.

Ia rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9754/9829 daripada 3.9342/9444 dan turun berbanding pound kepada 5.2841/2943 daripada 5.1601/1737 semalam. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved