Tak mampu beli beg sekolah, bapa anyam beg tali rafia

19 Jun 2019 • 5:42 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

DEK kerana tidak mampu membelikan beg sekolah yang sebenar, seorang bapa di Kemboja menganyam tali rafia untuk dijadikan beg sekolah anaknya.

Menurut perkongsian Sophous Suon di laman Facebook miliknya, anyaman tali rafia berwarna biru itu turut dilengkapi dengan dua tali hitam serta kancing atau cangkuk untuk menutup beg tersebut.

Menerusi beberapa keping gambar dikongsi, beg sekolah itu juga dilihat cukup kukuh untuk menampung beberapa buku.

image is not available
Beg sekolah yang dianyam dengan tali rafia berwarna biru mempunyai perincian seperti beg sekolah sebenar.

Kisah berkenaan tular dan menyentuh hati ramai pengguna media sosial.

Rata-rata pengikut memuji idea kreatif bapa kanak-kanak berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka tersentuh dengan kasih sayang seorang bapa yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya.

Sehingga kini, entri itu mendapat hampir 6,000 perkongsian.

ក្មេងទើបតែចូលរៀនក្រោយគេ ព្រោះទើបមកពីថៃវិញ កាតាបនេះគាត់ប្រាប់ថាឪពុកគាត់ជាអ្នកធ្វើឲ្យ (ធ្វើពីខ្សែដេរបាវ)​ ទឹកចិត្តឪពុកដើម្បីកូនបានល្អនឹងគេ

Posted by Sophous Suon on Sunday, June 16, 2019


View Original Article