Permaisuri Agong mencemar duli ke bengkel pertukangan perak

7 Oct 2019 • 8:17 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TUMPAT - Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli berkunjung ke sebuah bengkel pertukangan barangan perak di Kampung Morak, Palekbang di sini hari ini.

Tunku Azizah tiba pada jam 11 pagi dan meluangkan masa kira-kira sejam beramah mesra dengan orang ramai.

Pemilik bengkel berkenaan, Mohd Ariffin Wook, 70, berkata, dia sangat teruja dan menyifatkan dirinya bertuah apabila bengkelnya dikunjungi Permaisuri Agong.

“Saya dimaklumkan Raja Permaisuri Agong datang bertujuan mahu melihat sendiri seni perbuatan barangan perak yang ditempah khas oleh baginda lebih sebulan lalu.

“Tunku Azizah menempah tiga set barangan perak berbentuk mangkuk tingkat yang sedang disiapkan oleh saya sendiri,” katanya yang mengusahakan bengkel tersebut sejak 50 tahun lalu.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved