NASA ingin menghantar wanita pertama ke permukaan bulan menjelang 2024 di bawah misi Artemis. Ia akan menjadi misi ke permukaan bulan pertama sejak 1972. Bagi menjayakan misi ini, sut angkasa baharu telah dibangunkan dan protoptaipnya telah diperlihatkan di sebuah acara semalam,

Selain mobiliti pemakai yang meningkat, ia juga direka untuk digunakan oleh angkasawan tanpa mengira jantina atau ketinggian. Rekaannya yang modular juga membolehkan ia dipakai di dalam Stesen Angkasa Antarabangsa dan kapal angkasa. Sistem kawalan suhu terbina pula membolehkannya digunakan pada permukaan Marikh yang mempunyai julat suhu -250 hingga 250 Fahrenheit. Turut diperlihatkan ialah Orion Crew Survival Suit yang berwarna oren. Sut ini dipakai ketika berlepas dan pulang semula ke bumi.
Selain NASA, China juga ingin menghantar angkasawan kembali ke permukaan bulan. Menarik sekali syarikat swasta seperti SpaceX dan Blue Origin juga turut mempunyai hasrat yang sama kerana ia dilihat sebagai langkah pertama untuk melakukan misi ke Marikh.
