PRK Tanjung Piai: Takut calon 'hilang' jika umum awal

Politics
23 Oct 2019 • 5:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hanya akan mengumumkan calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai seawal dua hari sebelum Hari Penamaan Calon.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, calon yang sesuai akan diumumkan oleh presiden sendiri apabila tiba waktunya.

"Calon muda, memang anak jadi Johor. Tak boleh umum sekarang. Takut bila umum (awal) nanti calon 'hilang'..Keselamatan calon ni selepas tukar kerajaan kita kena berhati-hati..kita tak tahu apa yang akan berlaku," katanya sambil berseloroh.

Beliau menambah persediaan telah dibuat di Tanjung Piai dengan adanya bilik operasi dan bilik gerakan.

"Bagi kita kalah bukan satu isu. Yang jadi isu, apabila kalah tapi tak tau berdiri semula,"katanya.

Penyertaan kali pertama Gerakan dalam PRK selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) itu akan menyaksikan pertembungan sekurang-kurang tiga penjuru di Tanjung Piai.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandangnya daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Md Farid Md Rafik akibat komplikasi jantung pada 21 September lalu.

Allahyarham memenangi kerusi itu dengan majoriti 524 undi pada PRU14 menewaskan penyandang daripada BN, Datuk Seri Wee Jeck Seng dan calon Pas, Nordin Othman.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved