Aaron Aziz bergegas ke pusat beli belah, anak dan rakan ada di lokasi tembakan

LocalEntertainment
9 Feb 2025 • 12:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Aaron Aziz bergegas

Pelakon terkenal, Aaron Aziz bergegas ke pusat beli belah selepas mendapati anak perempuannya bersama rakan berada di lokasi tembakan yang berlaku di Setia Alam.

Menerusi hantaran Aaron Aziz di Instagram, dia memaklumkan yang anaknya Dahlia Arissa telah diarah keluar dari pusat beli belah tersebut sewaktu kejadian mengejutkan itu.

image is not available

Aaron Aziz bergegas ambil anak di SCM

Aaron yang berkongsi suasana di luar pusat beli belah berkenaan sewaktu mengambil anaknya untuk dibawa pulang memperlihatkan orang ramai berkumpul di luar selepas diarahkan untuk beredar dari lokasi tersebut.

Dalam posting tersebut juga, pelakon filem Sheriff: Narko Integriti itu meminta orang ramai untuk memastikan insan tersayang berada dalam keadaan selamat jika mereka berada di pusat beli belah berkenaan.

Instagram will load in the frontend.

Aaron Aziz bergegas ambil anak & rakan, minta jangan panik

Ujarnya, Dahlia memaklumkan semua pengunjung serta mereka yang berada di dalam pusat beli belah tersebut telah diarahkan segera keluar.

Dia juga memberikan nasihat kepada anak perempuannya untuk tidak panik sewaktu berhadapan dengan situasi mencemaskan ini.

image is not available

Terdahulu, satu kejadian tembakan telah berlaku di salah satu premis di Setia City Mall apabila seorang individu telah melepaskan beberapa tembakan dan mengenai seorang tukang cuci sehingga mengalami kecederaan di bahagian kaki dan punggung.

Walau bagaimanapun, suspek telah berjaya melarikan diri dengan menahan pemandu awam dengan mengacukan pistol bagi membawanya keluar dari lokasi tersebut.

image is not available

Pihak Polis Selangor menyatakan hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30an dan mempunyai 11 rekod jenayah lampau.

Oleh itu, pihak berkuasa meminta orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Sumber: Instagram Aaron Aziz