Aaron Rasmi Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

20 Feb 2024 • 2:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang telah merasmikan Program Wacana Ilmu Sempena Peristiwa Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di pekarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan (MPK), Melaka hari ini.

Program anjuran Arkib Negara Malaysia (ANM) ini diadakan bersempena memperingati Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Banda Hilir, Melaka pada 20 Februari 1956.

Program Wacana Ilmu

image is not available

Aaron berkata, kementerian sentiasa berusaha mengisi ruang-ruang kosong maklumat pensejarahan negara supaya menjadi lebih lengkap dan menyeluruh untuk menanamkan rasa kecintaan kepada negara.

“Ia selaras dengan hasrat Kerajaan Perpaduan mengukuhkan semangat patriotisme dan perpaduan kaum di negara ini.

“Saya juga menyeru kepada semua rakyat khususnya anak-anak muda untuk mengambil iktibar daripada perjuangan orang-orang terdahulu yang mengenepikan perbezaan pendapat, kepentingan diri dan meletakkan matlamat untuk membebaskan bangsa dan negara dari penjajah,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian program tersebut.

image is not available

Program tersebut turut menyediakan ruang interaksi pemikiran ilmiah serta perkongsian mengenai peristiwa pengisytiharan tarikh kemerdekaan sebelum, semasa dan selepas 20 Februari 1956 dalam menuju kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Sementara itu, beliau mengumumkan bahawa kementerian melalui ANM akan melaksanakan Program ‘Arkib Komuniti’ iaitu sebahagian daripada usaha untuk ‘Memasyarakatkan Arkib’.

“Matlamat pelaksanaan program ini adalah untuk memperkasa peranan masyarakat dalam memelihara khazanah warisan negara serta terlibat sama dalam pengumpulan koleksi warisan negara,” ujarnya.

image is not available

Turut dirasmikan Majlis Pelancaran Buku KarTunku 1957-1963: Lakaran Eksklusif Bapa Kemerdekaan, Bapa Malaysia yang diinspirasikan dari koleksi gambar, poster dan dokumen bersejarah yang disimpan di Arkib Negara Malaysia meliputi tahun 1940-an sehingga 1960-an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved