
PETALING JAYA – Seperti dijangka, Datuk Ab Ghani Hassan sah bergelar Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ke-9 selepas menewaskan pencabarnya, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam pemilihan Kongres Luar Biasa FAM, hari ini.
Ab Ghani meraih 20 undi, manakala Shahril hanya memperoleh lima undi dalam pemilihan yang menyaksikan 25 perwakilan membuat keputusan bagi menentukan hala tuju badan induk bola sepak negara.
Kemenangan itu sekali gus memberikan mandat besar kepada Ab Ghani untuk menerajui FAM bagi baki penggal 2025-2029, selepas persaingan dua penjuru dengan Shahril yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).
Ab Ghani sebelum ini hadir dengan pengalaman luas dalam pentadbiran bola sepak negara selaku Presiden Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), selain pernah berada dalam struktur kepimpinan FAM. – KOSMO! ONLINE
Berita penuh menyusul….
The post Ab Ghani ‘menang besar’, jadi Presiden FAM baharu appeared first on Kosmo Online.






