Ab Ghani presiden baharu FAM, raih 20 undi

LocalFootball
17 Sep 2026 • 12:43 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ab Ghani presiden baharu FAM, raih 20 undi

PETALING JAYA: Datuk Ab Ghani Hassan dipilih sebagai Presiden baharu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) selepas meraih 20 undi dalam Kongres Pemilihan Luar Biasa FAM, hari ini.

Beliau menewaskan seorang lagi calon, Datuk Seri Shahril Mokhtar yang memperoleh lima undi dalam pemilihan yang berlangsung Hotel Hilton di sini.

Keputusan itu menyaksikan Ab Ghani mendapat sokongan majoriti ahli gabungan FAM untuk menerajui badan induk bola sepak negara bagi baki penggal 2025/2029.

Image from: Ab Ghani presiden baharu FAM, raih 20 undi

Ab Ghani sebelum ini menyatakan komitmennya untuk memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh pentadbiran FAM serta memastikan pembangunan bola sepak negara dilaksanakan secara lebih tersusun dan berkesan.

Pemilihan itu diadakan ketika bola sepak Malaysia berdepan pelbagai cabaran, termasuk isu tadbir urus, pembangunan akar umbi, prestasi skuad kebangsaan dan kelestarian Liga Malaysia.

Dengan mandat yang diterima, Ab Ghani kini menggalas tanggungjawab besar untuk menyatukan ahli gabungan serta membawa perubahan yang mampu mengembalikan keyakinan peminat terhadap FAM.

Sementara itu, Datuk Seri Rosmadi Ismail dipilih sebagai Naib Presiden 1 FAM selepas meraih 15 undian menewaskan Mohd Firdaus Mohamed (5 undi) dan Syed Yazid Syed Omar (5 undi).

Bagi jawatan Naib Presiden 2, Datuk N. Saaran menepati ramalan apabila meraih 18 undi menewaskan muka baharu, Afizal Abu Othman yang meraih tujuh undi.-UTUSAN

KEPIMPINAN BAHARU FAM

PRESIDEN
Datuk Ab Ghani Hassan

Naib Presiden 1
Datuk Seri Rosmadi Ismail

Naib Presiden 2
Datuk N. Saaran

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (FA)
Mohd Azizudin Mohd Shariff
Datuk Mohd Azhar Jamaluddin
Datuk Alijus @ Mohd Ali Sipil

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (FC)
Datuk Kamarudin Hassan
Datuk Syed Mahadi Syed Hassan

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (Profesional)
Datuk Zainal Abidin Hassan

Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM (Wanita)
Datuk Suraya Yaacob

 

The post Ab Ghani presiden baharu FAM, raih 20 undi appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved