Ab Rauf Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Bagi Penggal Ke-2 [Video]

LocalPolitics
15 Nov 2026 • 2:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ab Rauf Angkat Sumpah Ketua Menteri Melaka Bagi Penggal Ke-2 [Video]

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN)Melaka , Datuk Seri Dr. Ab Rauf sebentar tadi (15 Nov) mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal kedua.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Dr. Mohd Ali Mohd Rustam di Dewan Seri Utama Pejabat TYT Seri Negeri, Melaka sekitar jam 12 tengah hari.

Beliau kemudian menandatangani Suratcara Pelantikan dan dokumen berkaitan, disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Salhah Salleh serta Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk D.J.P. Suria Kumar sekali gus meneruskan kepimpinan Kerajaan Negeri usai mendapat mandat baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Beliau kemudiannya mengumumkan Isnin, 16 Nov, sebagai cuti khas negeri sempena kemenangan BN-PN pada PRN semalam.

“Sebagai penghargaan kepada seluruh rakyat Melaka yang telah memberikan kepercayaan dan mandat kepada kami untuk meneruskan pentadbiran negeri ini, saya dengan sukacitanya mengumumkan hari Isnin, 16 November 2026, sebagai hari cuti khas bagi negeri Melaka,” katanya pada sidang media usai mengangkat sumpah jawatan.

Semalam gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperolehi majoriti dua pertiga untuk membentuk Kerajaan Negeri selepas memenangi 24 kerusi daripada 28 kerusi yang dipertandingkan

Baca artikel berkaitan:

[Rasmi] Senarai Penuh Keputusan PRN Melaka 2026  
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved