Ab. Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang, tetapi… – Ahmad Zahid

LocalPolitics
31 Oct 2026 • 12:48 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ab. Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang, tetapi… – Ahmad Zahid

MELAKA – Barisan Nasional (BN) akan terus memberi mandat kepada Datuk Seri Dr. Ab. Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 pada 14 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, cadangan untuk memberi amanah kepada Ab Rauf meneruskan tanggungjawabnya itu juga tertakluk kepada bidang kuasa Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Dr Mohd Ali Mohd Rustam.

“Kita tidak mendahului kuasa-kuasa yang ada pada Yang Dipertua Negeri Melaka, tetapi saya sebagai Pengerusi BN akan mencadangkan nama Ab. Rauf untuk meneruskan khidmat beliau di Melaka.

“Bagaimanapun terlebih dahulu, kita serahkan mandat ini semula kepada rakyat Melaka. Saya harap (sokongan) mereka benar-benar akan dapat diterjemahkan sehingga kita dapat membentuk kerajaan negeri bersama-sama dengan rakan strategik kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengiringi Ab. Rauf ke pusat penamaan calon PRN Melaka bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara di Dewan Datuk Kapten (B) Hj Ab. Karim Kompleks Japerun Tanjung Bidara di Alor Gajah di sini hari ini.

Ahmad Zahid pada masa sama berharap rakyat Melaka menilai dengan baik prestasi pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Ab Rauf sebelum membuat keputusan pada hari pengundian.

“Kita juga tidak mahu ada kempen fitnah atau mencacatcelakan kempen dengan pelbagai kaedah yang tidak baik, dan saya jangkakan suhu kempen di Melaka ini agak tenang,” katanya.

Beliau turut mengesahkan BN bersama rakan strategik Perikatan Nasional (PN) bertanding di keseluruhan 28 kerusi DUN kali ini.

“UMNO bertanding 18 kerusi, MCA empat kerusi dan MIC satu kerusi. Selain daripada itu ialah rakan-rakan dalam PN.

“Ini kebersamaan, pada saat ramai yang menjangkakan kononnya MCA mahu memboikot PRN Melaka atau sekurang-kurangnya mereka merajuk, tetapi tidak berlaku begitu. Sebaliknya MCA diberikan empat kerusi,” katanya.- Bernama

The post Ab. Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang, tetapi… – Ahmad Zahid appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved