'Abah tak suka orang slow, rumah 28,000 kaki persegi kena berlari' - Qadejah dedah karakter Aliff Syukri pengaruhi keluarga

LocalFamily & Parenting
23 Apr 2026 • 12:46 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Abah tak suka orang slow, rumah 28,000 kaki persegi kena berlari' - Qadejah dedah karakter Aliff Syukri pengaruhi keluarga

ANAK kepada usahawan terkenal, Qadejah El Zahra tidak terkecuali daripada menerima tempias populariti bapanya, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Menerusi video Gempak, Qadejah yang lebih mesra disapa sebagai Cess, 16, mendedahkan karakter Aliff yang tegas dan sangat mementingkan disiplin dalam kehidupan seharian itu turut mempengaruhi.

"Kalau kita slow di rumah abah, memang tak boleh survive. 

"Memang tak boleh sebab walaupun rumah kami seluas 28,000 kaki, memang kena berlari sebab Abah itu jenis ADHD.  Jadi semua orang kena match his energy.

"Saya tak tahu macam mana saya berupaya untuk match his energy tapi kita kena boleh. Mungkin kerana sejak kecil saya membesar dalam keadaan begitu.

"Kalau pekerja lambat memang semua akan berlari.  Kalau kita jalan melenggang, jangan terkejut abah akan kejar, 'lari'!" kongsinya.

Dalam pada itu, Qadejah juga memaklumkan bahawa bapanya tidak gemar dengan karakter perlahan sehingga ia mempengaruhi cara mereka sekeluarga berbicara dengan laju.

Image from: 'Abah tak suka orang slow, rumah 28,000 kaki persegi kena berlari' - Qadejah dedah karakter Aliff Syukri pengaruhi keluarga

"Itu betul. Abah tak suka orang slow.  Itu sebabnya kami sekeluarga bercakap cepat itu shouldn't be a shock. 

"Sebab kalau kita slow talker, slow walker memang 'kena'," kongsi Qadejah.

Baru-baru ini, seorang pengguna Threads berseloroh ketika bertanyakan tindakan setiap penghuni rumah termasuk pembantu rumah usahawan terkenal itu yang dilihat sering berlari sewaktu melakukan sesi siaran langsung bersama pelakon, Azar Azmi.

Hantaran itu menerima respons daripada Aliff yang tampil memberi penjelasan.

“Macam mana saya tak lari, rumah saya 28,000 kaki persegi,” tulisnya.

Sekadar info, Qadejah ialah anak kedua Aliff Syukri dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Rashid.

Selain itu, pasangan berkenaan memiliki lima cahaya mata lain iaitu Ammar Ahyan,  Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Sumber: Instagram

 

 

View Original Article