
BEAUFORT: Orang ramai diingatkan supaya tidak melayan sebarang panggilan telefon yang mencurigakan atau tidak diketahui bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.
Ketua Polis Daerah DSP Ismail Abdullah berkata: “Penipu hanya mempunyai satu matlamat iaitu untuk mencuri wang daripada pemegang akaun melalui penipuan.
“Mereka mungkin mengaku sebagai pegawai polis, pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pegawai Kastam mahupun pegawai Mahkamah.
“Jika sesiapa menerima panggilan telefon yang mencurigakan meminta nombor akaun bank anda, sila abaikan serta-merta kerana anda akan kehilangan semua wang anda dalam masa yang singkat. Buat laporan polis dan kami akan bertindak segera.”
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Beliau berkata demikian selepas bacaan Yasin dan solat hajat yang dipimpin oleh Ustaz Ridzuan Bidin di Masjid Nurul Iman di Weston, disertai 50 anggota polis pelbagai pangkat bersama kira-kira 600 yang lain.
Ismail juga memberi amaran kepada penipu bahawa polis akan mengambil langkah drastik untuk menghalang mereka daripada menipu orang ramai.
Berhubung acara keagamaan itu, beliau berkata ia bagi mengeratkan hubungan baik antara polis dan masyarakat.
“Saya amat teruja dengan penyertaan masyarakat Islam Weston dalam program ini sambil menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama erat bagi mencegah jenayah secara keseluruhannya,” katanya.
Program ini merupakan salah satu inisiatif hubungan dua hala untuk mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat setempat.
Pada majlis itu, polis turut menyampaikan sumbangan kepada pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman.
Hadir sama, pegawai kanan polis pelbagai pangkat, Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Iman Ismail Kambar dan jawatankuasanya, Imam Shamsul Tuah serta pembantunya Imam Ramli dan Imam Samin Sidek.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

