Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching

29 Jan 2026 • 11:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

Ini dia menu Lantern Night sempena malam ambang Tahun Baru Cina 2026 di Pullman Kuching

Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching. Kalau sebut pasal Pullman Kuching, mesti ramai yang terbayang mercu tanda ikonik di atas bukit tengah bandaraya ni, kan?

Baru-baru ini, Pullman Kuching telah menganjurkan malam apresiasi “The Golden Horse Homecoming” untuk memperkenalkan menu Tahun Baru Cina 2026 mereka. Bukan setakat makanan sahaja yang baru, tapi suasana hotel ini juga kini mengalami fasa transformasi yang cukup elegant.

image is not available
Abalone Dalam Yee Sang dan Itik Beijing Premium, Intai Menu Mewah CNY Pullman Kuching

Vibe CNY Reunion yang Grand di Colosseum Ballroom

Tahun 2026 adalah Tahun Kuda, simbol tenaga dan kemajuan. Selari dengan semangat itu, Pullman Kuching memilih untuk meraikan Reunion Dinner kali ini di Colosseum Ballroom yang telah diberikan nafas baharu.

Bayangkan makan malam dalam suasana yang moden tetapi masih mengekalkan elemen tradisi. Untuk malam Lantern Night pada 16 Februari 2026 kelak, Chef Eksekutif Hidangan Cina, Chef Charles telah menyediakan menu Kantonis klasik dengan sentuhan kontemporari.

Antara sorotan hidangan Lantern Night:

  • Yee Sang Abalone: Wajib ada untuk simbol kemewahan dan tuah.
  • Sup Ketam Kantonis: Tekstur yang halus dan rasa manis asli.
  • Ikan Siakap Stim Teochew: Segar, ringkas, dan penuh rasa.
  • Udang Galah Madu Lada Hitam: Gabungan manis dan pedas yang seimbang.

Bukan itu sahaja, sambil makan anda juga akan ditemani persembahan Gendang 24 Musim, Orkestra Cina, dan Crosstalk. Nang meriahlah pokoknya!

image is not available

Buffet Santai Di Restoran Culina, Restoran Pan-Asian yang Vibrant

Kalau anda jenis yang tak suka set menu dan lebih suka makan sampai puas, Restoran Culina adalah jawapannya. Berbeza dengan dewan besar, Culina menawarkan suasana fine-casual yang lebih santai, sesuai untuk bawa anak-anak dan keluarga besar.

Menu buffet mereka pun bukan biasa-biasa:

  • Beijing Duck: Dihidangkan panas-panas dengan sos hoisin.
  • Australian Angus Beef Cube Roll: Untuk peminat daging sejati.
  • Dim Sum & Nasi Teratai: Pelbagai pilihan hidangan Asia yang menepati selera.
  • Pencuci Mulut: Jangan lupa rasa Orange Mandarin Cake sebagai penutup yang membawa simbol kemakmuran.

Check-in Di Mana Matahari Kuching Terbit

Menurut Pengurus Besar Pullman Kuching, Encik Sunardi Song, transformasi hotel ini pada tahun 2026 mencerminkan perjalanan mereka untuk terus menjadi pusat tumpuan di Kuching, tempat di mana orang ramai berkumpul dan cahaya matahari Kuching mula terbit.

Jika anda masih tercari-cari lokasi untuk reunion yang nampak grand tapi tetap selesa, inilah masanya untuk anda tempah hidangan makan malam Lantern Night ini.

Info Makan Malam Ambang CNY 2026 Lantern Night:

  • Tarikh: 16 Februari 2026, 6 petang
  • Harga Set Dinner: RM2,388+ per meja (Colosseum Ballroom, Tingkat 2)
  • Harga Buffet: RM228+ (Dewasa) / RM118+ (Kanak-kanak) (Culina)
  • WhatsApp: 016-879 6105
  • Laman Web: www.pullmankuching.com

Baca juga artikel yang pernah kami terbitkan sebelum ini berkaitan Pullman Kuching:

Kempen Krismas Pullman Kuching 2025 Diserikan Dengan Lobi Baharu Berkonsepkan ‘Ruang Tamu’
Industri Perhotelan Sarawak Berkembang Pesat, 6 Hotel Baharu Bakal Dibuka Di Kuching
View Original Article