Abang-Abang Rider Food Panda & Grab Nak Mogok Esok, Jadi Jangan Bising Makanan Lambat Sampai Ye!

4 Aug 2022 • 8:34 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Fuhh lain macam rancangan abang-abang rider ni. Jadi korang janganlah bising yer makanan lambat sampai ke esok. Mesti ada masalah dalaman tu. Tak pun korang beli sendiri jer makanan tu.

Rakan penghantar gig termasuklah Lalamove, grab food, Shopee Food, EASI, Borzo, Sama-Sama Lokal, Misi Rakyat dan airasia food mengumumkan bahawa mereka akan melaksanakan mogok pada 5 Ogos 2022, hari Jumaat (esok).

Dalam poster yang tular di platfom-platfom media sosial hari ini, tanda pagar #naikkanfare, #grabsembelihrider, #fpsembelihrider dimuatkan dalam poster.

image is not available

Malah tanda pagar #24jamoff, #24hourofshift dan #offsehari menandakan bahawa rakan penghantar gig itu tidak akan menjalankan operasi mereka untuk tempoh sepanjang hari esok.

Berdasarkan tanda pagar dalam poster itu juga menunjukkan, mogok yang dilancarkan ini mungkin sebagai tanda tidak puas hati para penghantar gig terhadap kadar bayaran yang diterima mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved