‘Abang Bas’ dibebaskan selepas bayar ikat jamin RM40K, mahu saman individu, termasuk selebriti

LocalPolitics
17 Sep 2024 • 2:44 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

‘Abang Bas’, yang sebelum ini ditahan di Pusat Koreksional di Muar kerana gagal membayar ikat jamin berjumlah RM40,000, akhirnya dibebaskan hari ini.

Proses membayar ikat jamin dilakukan oleh peguam probono, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar, selepas lebih seminggu lelaki itu ditahan di pusat tahanan sementara.

Setelah dibebaskan, ‘Abang Bas’ dipeluk erat oleh ibunya yang menunggu sejak awal pagi sambil menangis.

Walaupun bebas, dia masih terikat dengan syarat tambahan, termasuk melapor diri di balai polis setiap awal bulan dan tidak boleh mengganggu atau berkomunikasi dengan mangsa atau saksi pendakwaan.

Selasa lalu, Mahkamah Sesyen Muar membenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000 untuk dua pertuduhan, manakala Mahkamah Sesyen Batu Pahat memberikan ikat jamin RM10,000 untuk satu pertuduhan.

Namun, keluarga ‘Abang Bas’ tidak mampu membayar keseluruhan jumlah ikat jamin dikenakan menyebabkan ahli keluarganya merayu orang ramai menghulurkan sumbangan itu membayarnya.

Minta maaf atau saman

Selain itu, keluarga ‘Abang Bas’ berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu, termasuk selebriti, yang didakwa menimbulkan syak wasangka serta kecaman terhadap lelaki itu sehingga dia ditahan oleh polis.

Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar berata, tindakan undang-undang akan diambil jika ahli keluarga ‘Abang Bas’ terus menerima kecaman daripada warganet.

Walaupun begitu, individu-individu tersebut masih diberi peluang untuk memohon maaf kepada keluarga ‘Abang Bas’ jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil terhadap mereka.

“Sudah tentu kita sudah mengenal pasti mereka…ramai, keluarga mengarahkan mereka (warganet) disaman. Kenapa tidak (saman selebriti)? mereka tidak ada peluang untuk membela diri ketika itu.

“Pecahlah mana-mana tabung yang ada, kira siap-siap, jadi senang nak kira nanti. Selama ditahan, dia dikecam sehebat-hebatnya tanpa belas ihsan,” katanya.

Sumber: Harian Metro