Abang didakwa ugut bunuh adik lelaki

LocalPolitics
24 Feb 2026 • 5:23 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengugut untuk membunuh adik lelakinya, Sabtu lepas.Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR -  Seorang penganggur hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh adik lelakinya, Sabtu lepas.

K. Charaniyathevan, 25, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap K. Jeevadevan, 22, di sebuah pangsapuri di Kampung Baru Air Panas, Off Jalan Genting Kelang di sini pada jam 4.49 pagi 21 Februari lepas

Dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai masalah mental dan tekanan perasaan.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Amritpreet Kaur Randhawa berkata, tiada sebarang pengesahan daripada hospital berhubung masalah mental seperti didakwa tertuduh, dan memohon mahkamah mengeluarkan perintah agar lelaki itu dihantar ke hospital bagi menjalani pemeriksaan.

Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan kemudian mengarahkan Charaniyathevan dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan di Perak untuk mendapatkan laporan psikiatri dan menetapkan 9 April ini untuk sebutan semula kes. - Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved