Abang Fakhrul Munir terpilih wakili pasukan SMART ke Nepal

30 Aug 2026 • 5:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abang Fakhrul Munir terpilih wakili pasukan SMART ke Nepal

PETALING JAYA – Abang kepada Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang dilaporkan hilang susulan bencana banjir dan tanah runtuh di Nepal meluahkan rasa syukur selepas terpilih mewakili Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) ke negara itu.

Mohd Saiful Munir, 46, yang juga pegawai bomba berkata, pemilihannya itu dilihat cukup bermakna apabila diberi peluang untuk mencari sendirinya adiknya serta puluhan lagi rakyat Malaysia yang belum dapat dihubungi setelah lebih 90 jam.

“Doakan saya, saya terpilih untuk mewakili pasukan penyelamat Malaysia ke sana,” katanya ringkas kepada Kosmo!

Sebelum ini, Mohd Saiful Munir dilaporkan berharap adiknya berada dalam keadaan selamat dan hanya terputus hubungan akibat gangguan komunikasi susulan bencana yang melanda kawasan berkenaan.

“Kita doakan yang baik dan berfikiran positif bahawa Mohd Fakhrul Munir selamat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Abang Fakhrul Munir terpilih wakili pasukan SMART ke Nepal appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved