Abang Farah Kartini ziarah pusara adik -“Kami balik dulu, nanti kami datang lagi”

20 Jul 2024 • 1:55 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Abang Farah Kartini, Mohd Farizza Azmi Abdullah, 28 telah menziarahi pusara adiknya selepas dua hari jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyuir Manis, Pekan, Pahang sebelum bertolak pulang.

Keluarga mahu pulang ke Sarawak

Menerusi hantaran di Facebook Farizza Azmi, dia telah memuat naik gambar memegang batu nisan tertera nama adiknya, Nur Farah Kartini Abdullah, 25 dengan menyertakan kapsyen dalam dialek Sarawak.

image is not available

“Kamek balit dolok. Kelak kamek datang lagik,” tulisnya di Facebook.

Ramai ucap takziah di Facebook Abang Farah Kartini

Perkongsian yang dibuat oleh abang kepada mangsa pembunuhan tersebut telah dipenuhi dengan ucapan takziah daripada warganet yang rata-rata berharap agar roh allahyarham tenang disana.

image is not available

Semua mendoakan agar abang Farah Kartini dan keluarga yang lain diberi ketabahan

image is not available

Semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman

image is not available

Wajah sayu ibu di pusara anak perempuan satu-satunya

Kakak iparnya juga telah memuat naik video sewaktu bersama ahli keluarga suaminya sebelum masing-masing bergerak pulang ke Sarawak.

Dapat dilihat wajah sayu ibu serta abang-abang Farah Kartini yang menyiram air serta menadah tangan mengirimkan al-Fatihah buat anak perempuan tersayang dalam keluarga.

“Fa, akak hantar mak dengan abang balik dulu ya. Nanti akak bawa mak datang lagi okay,” tulisnya ringkas.

image is not available

Selepas mayat mangsa ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Hulu Selangor, dia hanya berkongsi kenyataan menerusi temu bual media kerana sedang menguruskan jenazah allahyarham serta kes juga berada dalam siasatan pihak berkuasa.

Terdahulu, jenazah allahyarham Farah Kartini telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nyiur Manis, Pekan yang juga merupakan kampung kakak iparnya bagi memudahkan urusan.

Bedah siasat mendapati bahawa anak perempuan tunggal daripada enam beradik ini mengalami kereputan pada bahagian dada dan muka memandangkan mayatnya ditemui di kawasan lopak air di ladang kelapa sawit kira-kira jam 6 petang Isnin lalu.

Susulan daripada penemuan mayat mangsa, seorang anggota polis berusia 26 tahun yang juga individu yang dikenali mangsa telah ditahan bagi membantu siasatan.

Difahamkan kes berkenaan telah disiasat mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.