Abang Jo Bakal Umum Inisiatif Wang Saku Pelajar Sarawak Pada Pembentangan Belanjawan Negeri

19 Oct 2024 • 5:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Berita baik ini bakal diumum semasa Pembentangan Belanjawan Negeri

Abang Jo Bakal Umum Inisiatif Wang Saku Pelajar Sarawak Pada Pembentangan Belanjawan Negeri. Dilaporkan bahawa, kira-kira 25,000 pelajar Sarawak yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi seluruh Malaysia akan menerima wang saku daripada kerajaan negeri, kata Premier Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata bahawa jumlah wang tersebut akan diumumkan dalam Pembentangan Belanjawan Sarawak 2025, yang dijadualkan dibentangkan bulan depan.

image is not available
Abang Jo Bakal Umum Inisiatif Wang Saku Pelajar Sarawak Pada Pembentangan Belanjawan Negeri. Sumber gambar: The Borneo Post

Bakal diumumkan pada bulan depan

Abang Jo bakal mengumumkan butirannya pada bulan hadapan. Wang saku ini akan disediakan untuk pelajar Sarawak yang sedang belajar di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia.

Berdasarkan anggaran beliau, inisiatif ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 25,000 pelajar di seluruh negara.

image is not available
Sumber gambar: MH Daily

Syarat penerima bantuan

Namun, syarat penerima bantuan ini hanya layak bagi mereka yang memiliki kad pengenalan Sarawak yang sah dengan tanda ‘K’.

Tambah beliau lagi, sama ada belajar di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), atau kolej-kolej lain, kita akan memberikan bantuan untuk menampung keperluan asas setiap bulan.

Beliau turut melahrikan rasa syukur dengan hasil negeri yang terus meningkat setiap tahun, dan akan meneruskan kerja keras untuk menjana dana yang boleh dikembalikan kepada rakyat Sarawak, katanya semasa sesi townhall di Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec) di Kuala Lumpur hari ini.

Lagi artikel terkini untuk anda di sini: