Abang Jo: Sarawak Bakal Eksport 240,000 Tan Hidrogen Ke Jepun Dan Korea Menjelang 2028

5 May 2024 • 3:52 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sarawak bakal eksport hidrogen ke Jepun dan Korea

Abang Jo: Sarawak Bakal Eksport 240,000 Tan Hidrogen Ke Jepun Dan Korea Menjelang 2028. Dilaporkan, Sarawak dijangka akan mengeksport sebanyak 240,000 tan hidrogen ke Jepun dan Korea menjelang tahun 2028, kata Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Dipetik daripada The Borneo Post, beliau berkata bahawa ini akan menjadikan Sarawak sebagai pengeluar utama tenaga bersih dan boleh diperbaharui.

image is not available
Abang Jo: Sarawak Bakal Eksport 240,000 Tan Hidrogen Ke Jepun Dan Korea Menjelang 2028

Menjadi pengeluar utama

Beliau berkata dengan sumber tenaga hidrogen, Sarawak secara tidak langsung akan menjadi pengeluar utama dalam penjanaan kuasa, sekali gus meningkatkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Sarawak melalui cukai jualan.

Sarawak akan mengeksport 240,000 tan hidrogen ke Korea dan Jepun, dan untuk kegunaan domestik pula, Sarawak akan mengekalkan 7,000 tan hidrogen, kata beliau.

Hali ini bermakna jika Sarawak mengeksport, cukai jualan boleh dikenakan sekaligus akan menambah pendapatan negeri. Selain itu, Sarawak juga bakal menjadi pengeluar utama dari segi tenaga boleh diperbaharui, ujar beliau pada majlis Aidilfitri anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) semalam.

image is not available

Infrastruktur untuk pembangunan dan ekonomi digital

Tambah beliau lagi, pihak kerajaan telah berusaha sedaya upaya bagi menyediakan infrastruktur untuk pembangunan dan ekonomi digital dalam projek berskala besar agar mendapat manfaat daripada usahawan Sarawak.

Justeru, beliau menyeru usahawan supaya turut menguasai teknologi baharu.

Beliau berkata Sarawak perlu mempunyai kemahiran dalam teknologi, sama ada teknologi digital atau teknologi yang menambah nilai kepada sumber yang sedia ada dalam negeri.

Lagi berita terkini untuk anda di sini: