
Abang Jo umum barisan Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak
Abang Jo Umum Barisan Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak. Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan Ordinan Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak, 2022.
Ordinan ini bertujuan untuk mewujudkan sebuah badan korporat yang akan bertindak sebagai penjaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak.

Berikut adalah barisan Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak
Tujuan utama dana ini adalah untuk melindungi dan melabur dana bagi pertumbuhan berterusan dan pulangan maksimum demi kepentingan negeri dan generasi masa depan rakyat Sarawak.
Lembaga Dana Kekayaan Masa Depan Berdaulat Sarawak
- Dipimpin oleh Tan Sri Datuk Seri Panglima Sulong Bin Matjeraie, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan. Beliau mempunyai pengalaman lebih dari 30 tahun dalam bidang undang-undang dan kehakiman
- Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi anak Jugah, pengerusi Kumpulan Limar dan aktif dalam yayasan amal dan perkhidmatan masyarakat. Beliau juga adalah pengerusi dan pemegang amanah pengurusan Yayasan Tun Jugah dan Yayasan Kebudayaan Dayak.
- Tan Sri Ahmad Nizam bin Salleh, bekas pengerusi Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dari tahun 2018 hingga 2021.
- Datuk Iain John Lo, bekas pengerusi Shell Malaysia Ltd.
- Grainne Dooley mempunyai pengalaman luas dalam pengurusan pelaburan.
- Mohsen Fahmi mempunyai pengalaman dalam pelaburan di AS dan UK.
- Datu Soedirman Aini berkhidmat dengan kerajaan negeri selama 24 tahun.
- Dato Sri Talat Mahmood Abd Rashid adalah Peguam Negara Sarawak.
- Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar adalah Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak.


Abang Johari percaya bahawa pengalaman dan kelayakan ahli-ahli ini akan memberi manfaat besar kepada Dana dalam mencapai objektifnya. Beliau juga menambah bahawa pelantikan tersebut adalah untuk tempoh tiga tahun.
“Selepas menyelesaikan pelantikan mereka, kami menjangkakan Dana akan bermula pada tahun 2024,” katanya.

