Abang Johari Kongsi Formula Keharmonian Sarawak Di New Zealand

27 Jun 2023 • 10:34 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Abang Jo kongsi rahsia keharmonian Sarawak

Abang Johari Kongsi Formula Keharmonian Sarawak Di New Zealand. Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkongsi formula keharmonian agama dan kaum negeri itu pada sesi libat urus Majlis Dakwah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP) Zon Selatan di Auckland, New Zealand semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Premier Sarawak, beliau berkata formula itu perlu dikongsi dengan komuniti lain di luar negeri berkenaan sebagai asas untuk mewujudkan dunia yang lebih baik dengan hubungan antara agama dan kaum yang sihat.

image is not available
Abang Johari Kongsi Formula Keharmonian Sarawak Di New Zealand. Kredit: Astro Awani

“Penghormatan mesti diberikan kepada kaum dan agama lain kerana ia hanya diperoleh dalam pembangunan agama dan kaum yang inklusif,” katanya pada sesi yang dihadiri anggota RISEAP dari Australia, New Zealand, Fiji, Papua New Guinea, Vanuatu, Tonga, New Caledonia dan Samoa Barat.

Lawatan Abang Johari ke New Zealand merupakan kunjungan pertama ke negara anggota sejak dilantik sebagai Presiden RISEAP, Januari lepas.

Beliau berkata sebagai pemimpin beragama Islam yang ditugaskan untuk mentadbir dan membangunkan sebuah negara berbilang agama dan kaum, beliau bertanggungjawab untuk memastikan pentadbirannya adalah inklusif dan melindungi hak dan kepentingan semua kaum, agama, berdasarkan lima prinsip “Maqasid Syariah” di Sarawak.

image is not available

Menurut beliau, menjadi kewajipannya untuk memastikan agama lain selain Islam diberi peluang selari untuk berkembang maju berdasarkan lima prinsip itu iaitu perlindungan nyawa, perlindungan harta, perlindungan kesihatan, perlindungan agama dan perlindungan maruah.

Abang Johari berkata di Sarawak, Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (Unifor) dibentuk bagi memastikan agama lain mempunyai tempat ibadat bersesuaian dan untuk tujuan itu, sebanyak RM100 juta diperuntukkan.

Beliau berkata pembiayaan turut diberi kepada sekolah mubaligh untuk tujuan operasi, terutamanya ketika pandemik Covid-19.

image is not available

Katanya, pembangunan masyarakat Islam juga mesti disesuaikan dengan perubahan teknologi yang pantas era ini dan inisiatif ke arah menangani perubahan iklim dan kelestarian.

Baca lagi artikel menarik: