“Abang rasa Akiko tergelincir..” – Ridzokumura cerita kejadian sebenar, minta henti spekulasi

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 11:06 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzokumura cerita kejadian sebenar berhubung insiden isterinya, Allahyarham Akiko Okumura terjatuh dari tingkat empat unit kondominum mereka.

Menurut Ridzokumura atau nama sebenar Abd Ridzuan Abdul Mutalib, arwah terjatuh dari tingkat empat rumahnya dengan keadaan tubuh badan meniarap atas tanah sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

@aqmaibrahim_2

Rakyat malaysia tolong laa hormati family arwah Dorang tengah struggle #akiko #ridzokumura #alfatihah

♬ original sound - aqmaibrahim_2 - aqmaibrahim_2

“Abang ada dengar bunyi macam orang jatuh, cuma ingatkan ada orang kemalangan sebab rumah abang tepi lebuh raya,”ceritanya menerusi siaran langsung di TikTok, pagi tadi.

image is not available

Ridzokumura cerita kejadian sebenar

Ceritanya, pada malam kejadian, dia terdengar bunyi seperti dentuman kira-kira jam 1 pagi, namun tidak menyangka ia adalah isterinya.

Pada keesokan paginya, Ridzuan merasakan suasana berbeza kerana sudah menjadi rutin Akiko menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.

“Selalunya abang akan pergi ‘check’ bersama isteri jika ada sebarang kejadian, tetapi pada malam tersebut abang terlalu penat dan terus tidur.
“Abang sudah mula tak sedap hati segera ke bilik kami dan mendapati tingkap bilik sudah pun terbuka dan rosak,”ceritanya lagi.

image is not available

Isteri dah tertiarap atas tanah, tak alihkan badan

Dia segera bergegas turun ke bilik air utama dengan memanjat tingkap dan mendapati isterinya terbaring tertiarap di atas tanah.

“Tanpa berfikir panjang, saya terus meminta pengawal keselamatan untuk menghubungi pihak ambulans dan polis.
“Memandangkan arwah jatuh dalam keadaan yang baik, saya tidak mengalihkan badannya kerana menyangka dia masih bernyawa,” katanya.

@adawiahabrahman773

Ramai sangat yang buat andaian bukan², Ni Abang Ridzokumura dah jelaskan apa yang berlaku....marilah kita sama2 jaga lisan kita dibulan yg suci ni,Lebih baik kita sama2 beri kekuatan sokongan untuk abang ridz dan sky...bukan mudah menerima pemergian org tersayang....secara mengejut, Sebelum kita menaip sesuatu yg buruk tentang orang lain,Lihat diri kita dulu, sempurna sangat kah kita sampai sanggup MENGURIS hati orang lain,Untuk akiko@Aishah Abdullah kita sama2 sedekah kan Al-Fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan para syuhada#fyppppppp #tranding #ridzokumura #akiko #alfatihah #updateterkini #fyppppppp

♬ Very Sad - Enchan

Dalam pada itu, dia juga memohon orang ramai untuk berhenti membuat spekulasi tentang pemergian isterinya kerana memberi keterangan mengenai perkara sebenar yang berlaku pada hari kejadian.

“Saya tak nak anak saya, Sky Taizo Okumura pergi ke sekolah dengan rasa tidak tenang kerana rakan-rakan sekolah akan bercakap tentang isu ini.
“Saya mohon kerjasama semua netizen untuk berhenti membuat spekulasi tentang kematian Akiko. Dia isteri yang baik dan cara dia pergi tinggalkan saya dan Sky (anak) diluar jangkaan, namun kami reda,”mintanya.

Video penuh:

Dia juga menyeru orang ramai di sosial media untuk tidak memberi komen negatif dan membuat andaian lain tentang pemergian Akiko bagi mengelakkan sebarang berita palsu.

image is not available

Semalam, pihak polis sahkan wanita warga Jepun jatuh kondo pada minggu lalu adalah isteri kepada pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Ridzuan Ridzokumura.

Difahamkan, wanita berusia 50 tahun itu telah terjatuh dari tingkat empat kediamannya di sebuah kondominium yang terletak di SS16.

Pihak polis juga menyatakan kematian wanita berkenaan diklarifikasikan sebagai mati mengejut.

Walau bagaimanapun, suami wanita berkenaan sudahpun dipanggil oleh pihak berkuasa bagi memberikan keterangan.

Sumber: TikTok adawiahabrahman773,