Abang Tikam Adik Perempuan, Bengang Asyik Diejek Suka Makan & Tidur

26 Oct 2023 • 7:57 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang lelaki bertindak menikam adik perempuan kerana tidak dapat menahan geram apabila sering diejek suka makan dan tidur sahaja di rumah pada Khamis.

Lapor Tribun, lelaki berkenaan dikenali Firman, 36, telah menikam adiknya, Dewi Alias, 25, berkali-kali sehingga maut di Kampung Pilar, Kampung Cikarang Kota, Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia.

Ketua Polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi mendedahkan motif pembunuhan berlaku disebabkan si abang berasa hati dan tersinggung dengan kata-kata adiknya.

Suspek juga menyifatkan kata-kata yang dilontarkan oleh adiknya itu telah menjatuhkan maruahnya.

“Firman menikam adiknya berkali-kali kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa terhadapnya,” katanya.

image is not available

Twedi berkata, ketika kejadian suspek sedang mengupas buah disaat adiknya berkata-kata. Ia sekaligus membangkitkan kemarahan suspek, lalu bertindak menikam adiknya sendiri dengan pisau dapur.

“Mangsa berkata, ‘Awak dah besar, makan dan tidur sahaja’, itu yang mencetuskan pelaku untuk marah dan melakukan penderaan itu,” kata polis.

image is not available

Difahamkan, mangsa tidak sempat melarikan diri kerana abangnya terus bertindak menikam secara kejam di beberapa bahagian badan adik perempuannya.

Menurut laporan, mangsa mengalami kesan tikaman pada bahagian dada kanan dan kiri, bawah ketiak kiri, tiga tikaman di bahu kiri, dua tikaman di pinggang kiri, dua tikaman di pinggul kiri dan di kaki kiri.

Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta, Indonesia namun akhirnya disahkan meninggal dunia sebelum dibedah siasat.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat tikamn di paru-paru.

Suspek kini ditahan reman di Balai Polis Cikarang Utara, Bekasi bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Perkara 338 Kanun Jenayah iaitu kesalahan membunuh secara niat dan hukuman mati atau penjara seumur hidup atau penjara selama 20 tahun.

Antara barang yang diambil adalah sebilah pisau dapur, sehelai baju berkotak- kotak berwarna coklat dan sejumlah pakaian milik mangsa.

image is not available

Sumber: Tribun