“Abang Yang Bagi Ubat Tu Dekat Polis, Bukan Dirampas..” – Ridzokumura

LocalEntertainment
7 Mar 2025 • 2:02 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Terbaru, usahawan dan personaliti media sosial, Ridzokumura tampil memperbetulkan kenyataan mengenai ubat-ubat arwah isterinya dirampas oleh pihak polis.

Bukan dirampas tapi diberi sendiri

Menurutnya, ubat-ubat arwah isteri, Akiko Okumura, bukannya dirampas tetapi diberi sendiri olehnya kepada pihak polis dan mengakui terguris hati dengan penggunaan ayat ‘dirampas’ kerana seolah-olah arwah bersalah.

Memang Akiko ada ambil ubat dari Jepun, dia percayakan negara dia. Dia makan ubat dari Jepun. Bila kenyataan kata dirampas, ia sangat menghiris hati abang.

@ridz_okumura Harap semua memahami isu ni #ridzokumura #akiko #skytaizo @Sky Taizo Okumura @Ridz Okumura ♬ original sound – Ridzokumura

Kata Ridzokumura atau nama sebenarnya, Abd Ridzuan Abdul Mutalib, pihak polis hanya mengambil ubat yang bertulisan Jepun dan ubat gerd yang bertulisan Inggeris tidak diambil.

Nak perbetulkan tanggapan negatif netizen

Bukan dirampas, abang yang bagi. Dorang tengok, “Boleh saya ambil?”. Abang kata, “Ambillah semua”.

Dalam pada masa yang sama, Ridzokumura hanya mahu memperbetulkan tanggapan negatif orang ramai dan berhenti membuat spekulasi yang boleh memburukkan arwah.

Menggigil badan abang, abang bukan minta simpati tapi tolong stop. Sudahlah, jangan keluar kenyataan lagi.

image is not available 2 days ago

“Mungkin Ada Kaitan Dengan Insiden Ini..” - Polis Rampas 6 Jenis Pil Dari Rumah Ridz Okumura