
Kota Kinabalu: Abaya akan diterima sebagai pakaian tradisional dan boleh dipakai dalam pertandingan Unduk Ngadau Kaamatan, selepas perbalahan mengenai statusnya diselesaikan melalui mediasi antara pihak terbabit.
Mediasi dijalankan baru-baru ini antara Majlis Wanita Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) / Jawatankuasa Unduk Ngadau Kaamatan (UNK) Negeri dengan Majlis Wanita KDCA Ranau, Ketua Adat Kampung Bundu Tuhan serta Jawatankuasa Warisan dan Kebudayaan Kampung Bundu Tuhan.
Ia diadakan di Mahkamah Anak Negeri Ranau pada 14 Julai di hadapan Ketua Daerah Muhasip Roman dan empat Ketua Anak Negeri Ranau – Dominic Ganie, Dualis Porodtong, Marcus Faizal dan Jabay Surugau.
