Abbas Araghchi Tiba Di Islamabad, Rundingan Iran–AS Kembali Jadi Tumpuan Di Tengah Isyarat Bercanggah

WorldPolitics
25 Apr 2026 • 12:22 PM MYT
The Malaysian Update
The Malaysian Update

Portal berita pilihan anda untuk isu semasa, politik, hiburan, & banyak lagi

Image from: Abbas Araghchi Tiba Di Islamabad, Rundingan Iran–AS Kembali Jadi Tumpuan Di Tengah Isyarat Bercanggah

ISLAMABAD – Abbas Araghchi tiba di Islamabad semalam bagi membincangkan cadangan untuk memulakan semula rundingan damai antara Iran dan Amerika Syarikat (AS), ketika muncul pelbagai isyarat bercanggah mengenai kemungkinan pertemuan dengan wakil Washington.

Menurut sumber di Pakistan, Araghchi tidak dijadualkan bertemu dengan perunding AS sepanjang lawatan tersebut. Namun, perkembangan berbeza disuarakan oleh Setiausaha Akhbar White House, Karoline Leavitt yang memaklumkan utusan khas AS, Steve Witkoff dan Jared Kushner dijangka berlepas ke Pakistan bagi mengadakan perbincangan dengan pegawai Iran.

Isyarat Bercanggah Cetus Tanda Tanya

Dalam perkembangan sama, Presiden AS, Donald Trump mendedahkan bahawa Iran sedang merangka satu tawaran baharu yang berpotensi memenuhi tuntutan Washington, susulan jangkaan rundingan damai akan disambung semula di Pakistan.

“Mereka sedang membuat tawaran dan kita perlu lihat nanti,” katanya dalam satu wawancara telefon bersama Reuters.

Trump bagaimanapun menegaskan bahawa sebarang perjanjian mesti melibatkan penyerahan uranium diperkaya oleh Iran serta jaminan kebebasan laluan perdagangan melalui Selat Hormuz, yang merupakan laluan penting bagi perdagangan minyak global.

Sementara itu, Menteri Luar Pakistan mengesahkan ketibaan delegasi Iran dan memaklumkan bahawa Araghchi dijadualkan mengadakan pertemuan dengan pegawai kanan negara itu bagi membincangkan usaha ke arah meredakan ketegangan antara Tehran dan Washington.

Situasi semasa memperlihatkan Islamabad kini menjadi tumpuan diplomatik, namun ketidaktentuan mengenai pertemuan rasmi antara Iran dan AS terus mencetuskan persoalan terhadap hala tuju sebenar rundingan tersebut. – The Malaysian Update

The post Abbas Araghchi Tiba Di Islamabad, Rundingan Iran–AS Kembali Jadi Tumpuan Di Tengah Isyarat Bercanggah appeared first on The Malaysian Update.

View Original Article