Abby Abadi Kena ‘Scam’, Tertipu Beli Akaun TikTok Ramai ‘Followers’ – “Nak Cepat, Padan Muka Saya”

LocalEntertainment
27 Dec 2024 • 5:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon, Abby Abadi mendedahkan dirinya sekali lagi telah menjadi mangsa penipuan atas talian selepas membuat transaksi pembelian sebuah akaun TikTok.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata ia dipercayai dilakukan di luar negara namun menggunakan e-dompet di Malaysia.

image is not available

Scammer dari luar negara, tapi guna e-wallet Malaysia. Cara dia balas mesej macam orang Malaysia.

 

Lepas buat pembayaran, tiba-tiba akaun (dibeli) log out selepas saya daftar masuk.

Menurut Mstar, pelakon itu tidak mendedahkan jumlah kerugian yang dialaminya.

Pelakon itu turut berkongsi mengenai perkara itu menerusi satu hantaran di Instagramnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Kata Abby, dia terperangkap dalam penipuan ini disebabkan oleh sikapnya yang mudah terpengaruh dan terlalu cepat mempercayai orang.

Senang sangat terpengaruh, nak cepat sangat pengikut ramai dekat TikTok. Tidak semudah itu ya. Kena scam rupanya.

 

Kita pun bukan senang nak percaya. Minta tukar e-mel dan kata laluan. Dah tukar baru buat bayaran.

Difahamkan, dia juga telah membuat laporan ke atas syarikat pengendali e-dompet berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut sekiranya benar dirinya menjadi mangsa.

Suami saya dah buat laporan dan perlu menunggu. Menurut pihak berkenaan duit sudah terlepas ke individu tersebut.

image is not available 7 days ago

“Jangan Biar Hati Tu Membusuk...” - Abby Abadi ‘Sekolahkan’ Netizen Yang Tinggalkan Komen Caci Maki Marissa Di ‘Posting IG’