Abby Abadi Luahkan Perasaan, Tidak Mahu Fattah Amin Dan Fazura Bercerai

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 3:29 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
abby

Pelakon Abby Abadi mengaku berasa sedih tentang isu rumahtangga Fattah Amin dan isterinya, Fazura dan menafikan dakwaan kononnya sengaja ingin menarik perhatian ramai.

Demi Allah tak ada, tapi memang saya rasa sedih untuk mereka. Saya pun tak tahu kenapa sebab saya bukan berkawan pun dengan mereka.

Tetapi saya kenal lah Fattah, pernah jumpa, begitu juga Fazura.
Tapi maknanya saya memang sedih, saya rasa macam mereka tak patut cerai.

image is not available

Abby juga merasakan ramai orang Malaysia di luar sana turut bersedih tentang isu yang menimpa dua pelakon terkenal itu.

Saya rasa mereka itu sangat-sangat cantik berdua. Rasa macam tak patut bercerai. Apa yang berlaku kalau boleh diperbaiki, kalau boleh dipertahankan itu sahaja yang saya cakap.

Untuk pengetahuan korang, tarikh sebutan semula kes cerai antara Fattah Amin dan Fazura pada 7 Oktober 2024.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Astro Gempak