Abby Abadi Luang Masa Bersama Keluarga Di Rumah Marissa, Netizen Perasan Ketiadaan Aslam?

LocalFamily & Parenting
7 Aug 2025 • 3:06 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon dan usahawan, Abby Abadi, berkongsi momen penuh makna apabila dia bersama keluarga bekas suami, Norman Hakim, berkumpul di rumah anak mereka, Marissa Dania.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Abby mengucapkan terima kasih kepada Marissa kerana menjemput semua untuk makan malam bersama.

Mama, Mummy, Papa & anak-anak… Love you adik Marissa. Jemput lagi ya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by abbyabadi_112 (@abbyabadi_112)

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang memuji kematangan dan keharmonian keluarga besar ini walaupun pernah berdepan pelbagai dugaan.

Netizen turut kagum melihat rumah Marissa yang cantik dan menzahirkan doa agar rezekinya terus mengalir seperti air zam-zam. Pun begitu, ada juga tertanya-tanya mengapa suami Marissa, Aslam jarang dilihat dalam perjumpaan keluarga mereka.image is not available

Untuk makluman, Abby dan Norman berkahwin pada 2002 dan berpisah pada 2008. Mereka dikurniakan tiga anak. Kini, Abby telah berkahwin dengan Muhammad Faizal, manakala Norman bersama pelakon Memey Suhaiza, dan masing-masing bahagia dengan keluarga baru.

image is not available 2025-07-14 15:35:16

Abby Abadi Terima LOD, 'Scammer' Mahu Saman Atas Alasan Sebar Fitnah - "Tipu Apanya? Dah Tentu Saya Ada Bukti.."