Abby Abadi sedih Marissa Dania makin kurus, pesan belajar daripada pengalaman

EntertainmentFamily & Parenting
14 Jun 2024 • 6:53 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon, Abby Abadi sedih Marissa Dania makin kurus selepas melihat keadaan fizikal anak perempuannya yang kini isteri kepada Aslam.

Sedih dengan perubahan itu, Abby atau nama penuhnya, Arbaiyah Abdul Manan menitipkan nasihat buat Marissa kerana bimbang melihat keadaannya.

Abby Abadi sedih Marissa Dania makin kurus

Menerusi hantaran di platform Instagram, Abby menyatakan kerisauannya sebaik sahaja bertemu dengan anak keduanya ketika makan bersama.

“Sedih mama tengok. Kurus sangat dah anak mama. Makan banyak sikit dan jaga diri baik-baik,”katanya.

image is not available

Titip nasihat jadikan pengalaman sebagai pengajaran

Dalam pada itu, bekas anggota kumpulan Elite juga menitipkan nasihat buat anak perempuannnya untuk menjadikan pengalaman sebelum ini sebagai iktibar dalam kehidupan.

Abby berkata, dia dan akan tetap menyokong dan sentiasa berada di sisi Marissa Dania dalam apa jua keadaan sekali pun bersama ahli keluarga yang lain.

“Mama, abah, papa, mummy, adik-adik semua sayang… LillahiTaala.
“Belajar dari pengalaman okay sayang,”nasihatnya.

image is not available

Sebelum ini, bekas isteri kepada pelakon Norman Hakim memberitahu dia amat menyayangi kesemua anaknya dan tidak pernah memilih kasih antara mereka.

Abby juga berjanji akan berusaha sehabis baik untuk menjadi ibu yang adil dalam mencurahkan kasih sayang terhadap anak-anaknya.

image is not available

Sumber: Instagram Abby Abadi