Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini memilih sendiri untuk memakai pakaian lokap berwarna ungu serta gari.
Kehendak Abdul Azeez sendiri
Memetik laporan daripada Harian Metro, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan, pegawai SPRM dan polis yang mengiringi Azeez sebelum ini sudah menasihatinya supaya menukar pakaian lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada pakaian biasa serta tidak perlu memakai gari.
“SPRM ingin menjelaskan, pemakaian baju lokap ungu PDRM dan dalam keadaan bergari membabitkan Azeez ketika hadir pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur adalah atas kehendaknya sendiri.
“Untuk makluman, sebelum dibawa ke mahkamah, beliau sudah dinasihati pegawai SPRM serta pegawai polis yang mengiringi beliau dan juga peguamnya untuk menukar kepada pakaian biasa selain menyatakan tidak perlu memakai gari.
“Bagaimanapun, beliau berkeras untuk kekal memakai pakaian lokap dan juga gari berkenaan sehingga proses pertuduhan selesai dibacakan,” kata SPRM dalam kenyataan.

Foto: Bernama
Bukan arahan mana-mana pihak
SPRM menegaskan, pemakaian pakaian lokap dan gari terhadap Azeez bukan atas arahan atau kehendak mana-mana pihak, khususnya SPRM.
“SPRM meminta semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak tepat khususnya yang membabitkan isu ini,” katanya.

Foto: Bernama
Sumber: Harian Metro (Ilah Hafiz Aziz)




![[VIDEO] Selesai bayar jamin RM450,000, Azeez Rahim masih dalam tahanan sehingga esok](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/5a43c9a0-d0c1-4258-b968-d3e56d1786b1-1024x682.jpeg)