Abdul Hadi rekod keterangan di IPD Sentul hari ini

Politics
5 Dec 2022 • 11:44 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Isnin untuk direkod keterangan berkenaan laporan yang dibuat terhadapnya baru-baru ini.

Perkara itu disahkan Setiausaha Akhbar Presiden Pas, Abdul Malik Ab Razak.

"Dimaklumkan, Tan Sri Abdul Hadi Awang akan hadir ke IPD Sentul pada jam 3 petang hari ini.

"Ini bagi memberi keterangan, susulan laporan polis dibuat oleh beberapa pihak terhadap beliau," katanya.

Pada 10 November, Pakatan Harapan (PH) membuat laporan polis terhadap Abdul Hadi yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Setiausaha DAP Kuala Lumpur, Lim Lip Eng berkata, Abdul Hadi didakwa mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan PH dengan fahaman komunis serta antituhan dalam majlis di Temerloh, Pahang.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved