Abdul Karim: Sarawak ambil langkah berjaga-jaga jika jumlah kes Covid-19 membimbangkan

7 Dec 2023 • 3:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUCHING: Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak akan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya keadaan Covid-19 di negara berada pada tahap yang membimbangkan.

Menterinya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (gambar) berkata setakat ini keadaan masih terkawal, dengan kebanyakan kes jangkitan hanya melibatkan gejala yang ringan, dan sekiranya keadaan tidak terkawal, beliau yakin pihak Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan garis panduan.

“Setiap acara yang kita anjurkan akan mengikuti garis panduan yang ditetapkan, apa yang perlu kita dilakukan atau sebaliknya,” katanya selepas merasmikan Hari Integriti Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) di sini, hari ini.

“Sekarang ini sesiapa yang kena Covid-19 tidak mempunyai gejala yang yang teruk, umpama selesema ringan sahaja, kecuali individu yang berusia dan berisiko di mana mereka perlu berjaga,” katanya.

Ahad lepas Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata 3,626 kes Covid-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 iaitu dari 19 hingga 25 Nov lepas, meningkat 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.

Beliau berkata majoriti kes iaitu 48 peratus melibatkan mereka yang berumur antara 20 hingga 40 tahun dan lebih 98 peratus hanya bergejala ringan. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved