Abdul Wahab Abdul Kadir Jailani akhirnya mengesahkan identiti ‘Mr H’ yang didakwanya merancang untuk perangkap bekas Ketua Pengarah J-KOM.
Wahab yang juga Penolong Pegawat J-KOM itu memberikan keterangan kepada polis kira-kira jam 11 pagi hingga 2.30 petang hari ini.
“Pada hari ini kita (Wahab) mengesahkan individu (yang didakwa sebagai ‘Mr H’) yang dipanggil polis sebelum ini (adalah) orang yang sama.
“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Abdul Wahab cuma perlu tampil memberi pengesahan identiti Mr H.
“Sepatutnya Abdul Wahab dijangka membuat laporan polis berkenaan Mr H pada petang ini, namun ditunda kemungkinan esok berikutan keadaan kesihatannya.
Peguam Wahab, Faisal Rahman turut memaklumkan Wahab tidak dapat bertemu wartawan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.


