Abu Dhabi Akan Membina Ladang Solar Terbesar Dunia

TechnologyDigital
24 Jan 2025 • 11:58 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Status ladang solar terbesar dunia akan berpindah ke tangan Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas Abu Dhabi mengumumkan ia mengumumkan ladang janakuasa dengan output kuasa 5.2 GW. Ini adalah lebih besar berbanding 5.0 GW yang memulakan operasi di Xinjiang, China tahun lalu.

image is not available

Projek ini dijayakan oleh Syarikat Tenaga Masa Depan Abu Dhabi (Masdar) dan Syarikat Air dan Elektrik Emiriah dengan ia akan menelan belanja $6 bilion (~RM 27 bilion). Apabila beroperasi bermula 2027, ia mampu membekalkan keperluan tenaga untuk 750,000 rumah.

Ladang solar ini juga akan menjadi yang pertama di dunia yang beroperasi selama 24 jam sehari. Tenaga elektrik berlebihan yang dijana akan disimpan di dalam pek bateri sebelum diedarkan pada waktu malam apabila panel solar tidak beroperasi.

Pembinaan infrastruktur penjanaan tenaga lestari ini adalah bagi memenuhi sasaran sifar karbon UAE menjelang 2050 dan juga membekalkan keperluan tenaga negara yang ingin menjadi pusat data kecerdasan data rantau.