Abu mendiang superstar Anita Mui hilang

WorldEntertainment
13 Oct 2026 • 4:55 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Abu mendiang superstar Anita Mui hilang

HONG KONG –  Abu bintang pop, mendiang Anita Mui yang pernah digelar ‘Madonna Asia’, hilang dari sebuah biara di Hong Kong, kata polis hari ini.

Bintang pop Kantonis itu  meninggal dunia akibat kanser pangkal rahim semasa berusia 40 tahun pada 2003 selepas menjual jutaan piring hitam.

Keluarga Mui membuat laporan polis Julai lalu  selepas seorang peminat menyedari tempayan berisi abu mayat mendiang tidak lagi berada di tempatnya, namun tidak menghebahkannya kepada umum.

Namun pada Sabtu lalu, keluarga Mui mengeluarkan kenyataan menyatakan, tiada  kemajuan dalam siasatan polis mengakibatkan mereka mengalami ‘penderitaan dan kesedihan emos’..

Kenyataan dikeluarkan pada hari lahir Mui itu mengundang kemarahan peminat.

“Saya sangat dan saya berasa sangat sedih serta hancur luluh,” kata seorang peminat di media sosial di laman yang dikhaskan untuk Mui.

Sementara itu, polis Hong Kong memberitahu AFP dalam satu kenyataan hari ini bahawa kes itu  dirujuk kepada Unit Siasatan Jenayah Wilayah New Territories South untuk siasatan lanjut.

“Belum ada tangkapan dibuat. Polis akan terus berhubung dengan pengadu serta pihak-pihak berkaitan dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya,” kata polis.

Dengan gaya visual  berani dan versatil, persembahan pentas yang lincah serta deretan lagu hits Mui melangkaui imej penyanyi wanita Cina.

Suaranya yang unik dan berbaur melankolik itu  digunakan untuk lagu tema dalam berpuluh-puluh filem serta program televsiyen. Beliau kekal sangat popular hingga ke akhir hayatnya.

Semasa era kegemilangannya pada tahun 1980-an, Mui pernah mengadakan persembahan selama 28 malam berturut-turut di hadapan penonton yang memenuhi ruang, memecahkan rekod Hong Kong ketika itu. – AFP

The post Abu mendiang superstar Anita Mui hilang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved