AC Milan kekal khidmat penyerang 'evergreen'

Football
19 Jul 2022 • 7:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PENYERANG 'evergreen' AC Milan, Zlatan Ibrahimovic kekal bersama juara Serie A itu selepas ulang tahun kelahirannya ke-41 apabila bersetuju dengan lanjutan kontrak selama setahun, kata kelab itu.

"Sukacitanya, AC Milan mengumumkan pembaharuan kontrak Zlatan Ibrahimovic sehingga 30 Jun 2023.

“Penyerang Sweden itu akan terus memakai jersi nombor 11," kata AC Milan dalam satu kenyataan.

Butiran lanjutan kontrak tidak dikeluarkan, namun menurut sumber rapat, Ibrahimovic menerima pengurangan gaji.

Ini memandangkan dia tidak akan bermain sehingga 2023 selepas menjalani pembedahan pada lutut kirinya pada Mei.

Untuk rekod, Ibrahimovic, penjaring terbanyak sepanjang zaman Sweden dengan 62 gol, kembali ke bekas kelabnya AC Milan pada Januari 2020 selepas meninggalkan kelab Major League Soccer (MLS), LA Galaxy.

Biarpun tugas keduanya di kelab Itali itu diwarnai insiden kecederaan, Ibrahimovic berjaya membuat 74 penampilan dan menjaringkan 36 gol dalam semua pertandingan.

Malah sejak kepulangannya, dia membantu AC Milan memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 11 tahun musim lalu.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved