
Peserta rancangan All Together Now Malaysia Musim 2 mengundang kontroversi apabila dikatakan biadap dan tak menghormati para juri.
Peserta perempuan berusia 16 tahun itu dipercayai menjawab dengan kata-kata sinis ketika juri bertanyakan soalan.
Catriona Ross tegur jaga adab
Salah seorang juri, Catriona Ross menerusi satu hantaran di TikTok memberi nasihat kepada anak muda supaya sentiasa ingat empat perkara ini di dalam hidup.
Katanya, empat perkara penting itu adalah sikap, hormat, disiplin dan merendah diri. Cara bertutur kita akan menunjukkan sikap diri kita yang sebenar.
“Kalau anak murid saya dah menangis”

Selain Catriona Ross, guru vokal terkenal, Datuk Syafinaz Selamat dilihat geram berkata jika anak muridnya menjawab biadap seperti itu, ‘budak’ itu pasti akan menangis.
Hati-hati bila menjawab, bila orang bertanya soalan. Kita kena cantik sikit lah bahasa kita ya adik.
Komposer terkenal, Ajai juga bersuara meminta peserta itu menghormati majlis. Jelasnya, bila peserta hormat majlis, persembahan tak sedap pun boleh jadi sedap.
Di ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan nasihat Catriona Ross dan mengkritik tindakan budak 16 tahun itu yang langsung tak ada adab bila menjawab.

Hmm, rasanya ada sesetengah orang kena asah lagi skil berkomunikasi. Belajar untuk merendah diri dan tukar intonasi bercakap supaya disenangi ramai.
Kredit: TikTok @catrionarossofficial
The post “Acah-Acah Bagus” – Biadap Jawab Komen Juri, Peserta ATNM Kena ‘Sound’ Depan-Depan appeared first on Oh! Media.

