
Jika sebelum ini dia dikritik ramai netizen kerana tidak mampu bernyanyi dengan baik secara langsung, kali ini Nuha Bahrin sekali lagi mendapat komen negatif daripada warganet.
Menerusi sebuah video di Facebook, Nuha Bahrin dilihat menyanyikan lagu terbarunya yang kini sedang viral sehingga ke negara seberang, Casablanca kepada Chef Faez.
"Saya Tahu Apa Yang Saya Mampu Buat..." - Dikritik Nyanyian 'Live' Casablanca 'Ke Laut', Nuha Bahrin Respon Pada Netizen
Dia dipercayai sedang mempromosikan kedai chef tersebut yang menjual kunafa dan makanan Arab yang lain. Turut dilihat berada di dalam video tersebut adalah pasangan duetnya, Naufal Azrin.
Bagaimanapun, ramai warganet yang menonton video itu memberikan komen seolah-olah mereka berasa meluat dengan cara dan telatah Nuha ketika menyanyikan lagu berkenaan.
Kebanyakan orang berpendapat dia nampak gedik di samping Chef Faez, malah ada yang memerli Nuha hanya perasan suaranya sedap didengar tetapi sebaliknya tidak.
Ada yang turut berkata pada mulanya mereka suka dengan lagu ini namun jadi semakin meluat kerana terlalu banyak ‘content’ yang sebegini membabitkan penyanyi dan lagu tersebut.
Seorang netizen pula dilihat menegur cara pemakaian tudung Nuha yang menurutnya jarang sehingga menampakkan sedikit cuping telinga serta anak rambutnya yang terkeluar.



The post “Acah Suara Dia Sedap, Padahal Tak” – Nyanyi Lagu Casablanca Dekat Chef Faez, Nuha Dikritik ‘Over’ & Gedik first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

