Acara Kemuncak ‘Hilux Unleashed 2025’ Di Semenanjung Penuh Kemeriahan

LocalCars
25 Jun 2025 • 3:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Setelah Sabah dan Sarawak, kempen ‘Hilux Unleashed: The Ultimate Challenge 2025’ anjuran UMW Toyota Motor (UMWT) memasuki fasa kemuncak dengan pusingan akhir yang berlangsung di Melaka.

Cabaran Pencarian Harta Karun

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Edisi Semenanjung Malaysia menyaksikan penyertaan seramai 279 peserta yang dibahagikan kepada 90 pasukan dalam acara ‘pencarian harta karun’ antara negeri yang pertama seumpamanya. Acara ini berakhir dengan jerayawara (roadshow) meriah di Pantai Klebang, Melaka, diikuti majlis penyampaian hadiah.

Uniknya, cabaran pencarian harta karun ini bermula dari dua lokasi berbeza iaitu Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Peserta dibawa melalui laluan dengan pemandangan indah sambil mencari petunjuk tersembunyi yang turut memaparkan keunikan budaya tempatan.

UMWT menyifatkan format journey-first ini sebagai pendekatan segar dalam penglibatan pelanggan, mengubah rakyat Malaysia kepada pengembara di sebalik stereng Toyota Hilux dan model lain. Ini memberi peluang kepada pemilik untuk menguji ketahanan dan keupayaan sebenar trak pikap mereka.

Kemampuan Sebenar Toyota Hilux Terserlah

image is not available

Menurut UMWT, kempen Hilux Unleashed direka khas untuk mempamerkan kehebatan Hilux yang dibangunkan dengan rangka yang kukuh, prestasi boleh dipercayai dan ciri keselamatan canggih. Presiden UMWT, Datuk Ravindran K menegaskan bahawa Hilux direka untuk mereka yang mahukan ‘lebih’, lebih kekuatan, lebih serbaguna dan lebih keyakinan setiap kali memandu.

Aktiviti Menarik Di Jerayawara Pantai Klebang

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

Setibanya peserta di garisan penamat di Pantai Klebang, pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti pemanduan off-road dinamik, cabaran pemanduan eco, serta sesi pandu uji enam model Toyota.

Pengunjung juga menerima cenderahati seperti topi dan rantai kunci percuma, selain hidangan ringan. Terdapat juga zon aktiviti keluarga dan gerai jualan barangan rasmi GR yang diselitkan dengan pelbagai aktiviti interaktif.

image is not available

Kemuncak acara ialah pengumuman pasukan pemenang dari Kuala Lumpur dan Johor Bahru. Hadiah utama untuk tiga pasukan terbaik, tujuh penghargaan saguhati, serta cabutan bertuah media sosial.