Acara KL Car-Free Morning Dibatalkan Minggu Ini

LocalCars
23 May 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Acara KL Car-Free Morning (KLCFM) yang dijadualkan pada hari Ahad, 25 Mei ini dibatalkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak penganjur KLCFM, keputusan pembatalan ini dibuat bagi memberi laluan kepada persiapan serta kelancaran acara bertaraf antarabangsa itu yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

image is not available

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan bahawa beberapa laluan utama di ibu negara akan ditutup dan dialihkan bermula 23 Mei hingga 28 Mei bagi tujuan keselamatan dan kawalan trafik sepanjang berlangsungnya sidang tersebut.

Antara yang terkesan adalah enam lebuh raya utama serta 25 jalan utama di sekitar Kuala Lumpur.

image is not available

PLUS Malaysia Berhad turut memaklumkan bahawa beberapa seksyen di NKVE, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) serta Lebuhraya ELITE akan ditutup secara berperingkat dari 23 hingga 26 Mei, serta sekali lagi pada 28 Mei, mengikut jadual dan masa tertentu.