

Acara Larian Paling Gempak, Toyota ”Start Your Impossible Outrun” Tarik 6,000 Peserta, Kumpul RM200k Dana Kanser
Shah Alam, 4 Julai – UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengumumkan kejayaan edisi ketiga Toyota START YOUR IMPOSSIBLE Outrun yang baru-baru ini diadakan di Dataran Merdeka.
Larian amal ini merupakan sebahagian daripada kempen global Toyota START YOU IMPOSSIBLE (SYI), menarik lebih daripada 6,000 peserta tahun ini dan berjaya mengumpul RM200,000 untuk Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).
Penyertaan yang luar biasa ini menunjukkan sambutan yang baik terhadap acara ini yang mana mengumpulkan pelari bagi sambil merealisasikan misi Toyota: ‘Mobiliti untuk Semua’.
Kempen Toyota START YOUR IMPOSSIBLE diwujudkan sempena peralihan Toyota kepada sebuah syarikat mobiliti dan perkongsian jangka panjang mereka dengan Jawatankuasa Olimpik dan Paralimpik Antarabangsa, yang bertujuan untuk memupuk budaya mobiliti yang inklusif dan inovatif.
Sejajar dengan kempen ini, UMWT telah menganjurkan Toyota Outrun tahunan, mengukuhkan komitmen mereka terhadap tanggungjawab sosial dan meningkatkan imej serta kepimpinan mereka dalam penyelesaian mobiliti inovatif.

Datuk Ravindran K., Presiden UMWT, berkata, “Toyota START YOUR IMPOSSIBLE Outrun menunjukkan komitmen kami untuk Move Your World.
“Selain daripada mempromosikan aktiviti fizikal, ia memupuk tanggungjawab sosial dan memberi impak kepada individu untuk menggunakan mobiliti untuk perubahan yang positif. Acara ini memberi inspirasi kepada peserta untuk mencabar had mereka dan menyokong tujuan yang bermakna.”
Selain daripada sambutan yang luar biasa dan dana yang dikumpul, Toyota START YOUR IMPOSSIBLE Outrun 2024 menyemarakkan detik kejayaan dan semangat kemasyarakatan. Peserta dari pelbagai latar belakang, termasuk lebih daripada 200 peserta antarabangsa, berkumpul, berkongsi kisah perjuangan mereka memerangi kanser.
Acara ini meninggalkan kesan bermakna yanag memberi inspirasi kepada edisi-edisi akan datang untuk terus mendorong dan memupuk perubahan yang positif.
Acara tahun ini menawarkan pelbagai kategori, termasuk perlumbaan 10KM dengan jumlah hadiah RM50,000, serta kategori Larian Santai 5KM. Acara-acara ini memberikan peluang inklusif untuk peserta dari pelbagai kumpulan umur untuk menyertai keseronokan dan menyokong misi amal.

Menariknya, ia menawarkan hadiah yang menarik kepada peserta kedudukan teratas, agar dapat meningkatkan daya tarikan mereka di kalangan pelari kompetitif dan peserta yang santai.
“Kami berharap hasil daripada acara ini dapat memperkuatkan inisiatif NCSM dengan ketara, termasuk program Pemeriksaan Kanser dan Kesihatan Komuniti, Transformasi Jejak Kanser, dan Program Vaksinasi.
“Selain itu, dana ini akan digunakan untuk menyediakan pengangkutan harian kepada pesakit yang tinggal di Rumah Kanak-Kanak dan Dewasa, memberikan mereka akses kepada rawatan.” tambah Datuk Ravindran K.
Pada tahun 2019, UMWT menganjurkan Toyota Outrun yang pertama sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, dengan Paralimpian Malaysia Abdul Latif sebagai duta. Acara sulung ini berjaya mengumpulkan RM151,000 melalui Majlis Paralimpik Malaysia.

Sejak itu, acara ini telah berkembang dengan ketara dalam penyertaan dan dana yang dikumpulkan, menjadi bukti komitmen Toyota untuk mempromosikan mobiliti dan menyokong aktiviti amal di Malaysia. UMWT komited untuk memperluas acara larian ini untuk separa maraton dan maraton penuh, menjadikannya acara larian utama di negara ini.
Untuk ketahui lebih lanjut mengenai inisiatif berterusan UMWT, sila layari https://www.toyota.com.my/en/discover-toyota/start-your-impossible.html.
The post Acara Larian Paling Gempak, Toyota ”Start Your Impossible Outrun” Tarik 6,000 Peserta, Kumpul RM200k Dana Kanser appeared first on Siakap Keli.
